Tuesday, August 25, 2015

PATUT KE MENAJA SESUATU ACARA ITU JIKA TIADA PENGESAHAN DARI PIHAK YANG MINTA DITAJA...?

Assalammualaikum ^_^

PENAJAAN
Jika seseorang individu itu meminta penajaan dari pihak penaja, maka wajarlah kiranya si polan itu memperjelaskan kepada pihak penaja mengenai latar belakang ... butiran terperinci tentang acara yang bakal berlangsung... bukan apa ia adalah bertujuan untuk mengelakkan dari terjadi kes penipuan..

Untuk menaja sesuata acara itu memerlukan wang ringgit.. tak kira kecil atau besar modal yang diperuntukkan tapi bagi penaja setiap sen itu adalah sangat bernilai... memandangkan pihak penaja yang mengeluarkan duit perbelanjaan .. jelaskan terang kan padanya apa kelebihan dan kebaikan yang mereka akan dapat sebagai ganjarannya.. mereka memberi dan sepatutnya pemberian itu dibalas dengan sesuatu selepasnya... contoh; diberikan booth pree ke sepanjang acara berlangsung .. contohh..

Disini ada beberapa faktor yang biasa di ambil kira oleh pihak penaja sebelum sebarang keputusan muktamad diputuskan... ini adalah melalui pengalaman I sendiri ketika ada seorang individu ini wassap untuk meminta tajaan dari pihak Yatie Fizzy Homylicious =)


KERTAS KERJA.
Jangan ambil mudah akan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan hal kewangan.. walaupun bukan untuk projek jutaan ringgit ... kertas kerja harus lah di sediakan dan di buat dengan penuh teliti bukan main tangkap muat saja... baru lah pihak penaja percaya dan yakin untuk mengeluarkan sejumlah wang.... jangan persoalkan kenapa kertas kerja itu penting... korang yang minta ditaja bukan dengan rela hati diberi penajaan.. banyak bezanya antara ditaja dan minta ditaja .. fahami ia betul-betul..

PENJELASAN 
Jika kertas kerja dah diberikan/dibentangkan... langkah seterusnya adalah perjelaskan semula butiran yang terkandung didalamnya... dari bahagian pengenalan hingga lah ke bahagian penutup.. memang semuanya dah dinyatakan tapi huraikan lagi secara terperinci ... kertas kerja biasanya hanya huraian ringkas tentang acara.. pastikan takkan ada sebarang keraguan ataupun tanda soal dari pihak penaja... 

FOLLOW UP 
Pastikan pihak yang memohon buat follow up dan bukan nya hanya menunggu dihubungi/mesej... tunjukkan sedikit usaha dan kesungguhan yang kalian memang nak kan penajaan dari pihak mereka... selagi belum diberi kata putus... please follow up closely tapi jangan sampai mendesak pula ya.....

BERTANGGUNGJAWAB
Bersifat  bertanggungjawab akan sesuatu perbuatan/perkara itu sangat-sangat dituntut ... Jangan bersikap sambil lewa.... buat kerja sungguh-sungguh ... sila jawab sebarang pertanyaan yang disuarakan, jangan hanya berdiam diri... bersikap acuh tak acuh hanya akan buatkan pihak penaja jadi fed-up .. elok-elok ada niat dan keinginan untuk menaja .. langsung terbatal hasrat ..
 


Bukan senang bagi seseorang individu ataupun sesebuah company itu bersetuju dengan mudah untuk menaja sesuatu acara... kecil atau besar acara tersebut .. bila berkaitan dengan soal kewangan, banyak yang perlu dikaji diselidik sedalam-dalamnya..... bukan mendoakan yang buruk-buruk tapi jikalau berlaku sebarang penipuan kelak yang menanggung segala kos kerugian adalah pihak penajaa.... mohon difahami betul-betul ya...

Sekian... Wassalam.

Ikhlas dari founder,
Yatie Fizzy Homylicios

Friday, August 07, 2015

Rainbow Moist Cake (Kek Pelangi)

Assalammualaikum ^_^ 
Today I nak belanje korang satu resipi Rainbow Moist Cake (Kek Pelangi) yang sangat lembab dan best!

Dah lama I buat tapi harini baru dan nak share hihihi..

Ok lah, bebahan dan cara membuat nya adalah seperti berikut;

BAHAN-BAHAN

250 gram buttercup
1/2 cup gula kastor
1 1/2 cup tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 cup serikaya
1/4 cup susu pekat manis
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
2-3 sb susu segar (tak nak pun ok)
pewarna (hijau, kuning, pink)

CARANYA

Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170'c dan sediakan loyang 10x10 yang dah di griskan sekelilingnya.

Putar butter dan gula hingga berkrim.

Masuk telur satu per satu dan putar lagi.

Masukkan esen, serikaya, susu pekat, susu segar dan putar dengan kelajuan sederhana.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder sikit demi sikit dan kaup balik guna spatula je. Ulang hingga tepung habis. 

Bahagikan adunan pada 3 bekas. Setiap bekas dititikkan pewarna dan digaul hingga semuanya sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang, selang-selikan warna. Lorekkan dengan lidi untuk adunan yang lebih cantik.

Bakar selama 1 1/2 jam atau hingga masak bergantung pada tahap kepanasan memasing ya. 

Cucuk kek dengan lidi, jika bersih lidi yang dikeluarkan tadi makna dah masak lettew...

Done! 

Selamat mencuba *_^ 

Note: Untuk rasa yang lebih sedap dan lembab, kek itu tadi jangan dibakar tapi dikukus. Lagi lama sedap tapi kalo malas cukup lah 4 jam je. Tapi I is malas tu sebab I buh dalam oven jerr hhihihihi...

Birthday abang, adik yang dapat hadiah !

Assalammualaikum ^_^


06 Ogos 2015 – Semalam genap lah 6 tahun umur anak buje I. So fast time is moving, tatau anak dah besar, lagi a few month to go, dah naik ke sekolah rendah. Huhuhu…. Dah besar dah awaaa nak, Alhamdulillah :-)

Eh! Eh! Pehal birthday abang tapi adik yang dapat hadiah! Huhuhu

Actually hadiah tu bukan mama yang bagi tapi friend mama yang work kat Developer IOI Resort yang hadiah kan. Namanya auntie Yong Yong, during pantang that time, auntie tak datang visit baby, sebab tu lerrr…

For abang later mama belikan ya, guna duit raya abang ok hahahha…

Ok bhai ^_*
 

Wednesday, August 05, 2015

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalammualaikum ^_^

Sudah menjadi impian setiap ibu-ibu yang ada baby nak menyusukan baby dengan susu sendiri kan? I pun, kalo boleh tak mboh la bagi susu formula, bukan ajer mahal kadang tu tak sesuai dengan baby. 

Semua pun tau yang susu ibu adalah makanan yang terbaik dan paling bagus untuk tumbesaran si anak. Banyak khasiat yang terkandung dalam susu ibu, jimat pun jimat, tak yah beli susu hihihi... nak gi mana pun tok soh nak bawak barang sereke serokoh, bawa jee badan hahaha..

Dah lama kan, since 6yold ago I ber-baby, ingat kan power of susu cap gantung I dah berkurangan tapi alhamudulillah rezeki baby adam kan, ternyata masih ada. 

Dan dengan itu, harini I nak kongsikan ada beberapa tips-tips dan petua untuk tambahkan susu badan buat para ibu yang mungkin mengalami masalah kekurangan susu. Apa yang I kongsi ni pun melalui pengalaman dan petua yang I sendiri amalkan dari awal kelahiran adam sampai lah loni hihihi ;-) 

Mudah-mudahan tips dan petua yang dikongsikan bersama ini membantu ibu-ibu semua, inshaallah berkesan :-)


PETUA BANYAKKAN SUSU 

1. Susukan baby seawal sejam pertama kelahirannya. Bagi ibu-ibu yang bersalin normal, selepas kelahiran baby akan diletakkan di atas dada si ibu selama 1 jam, sebelum dorang amik untuk buat pemeriksaan pada baby. Setelah baby dibersihkan dan diserahkan pada ibu, mulakanlah penyusuan susu ibu pada baby. Kena lah sabar sikit sebab time ni baby tak tau kuasa hisapan lagi, cuba sampai dapat ya. don give up !

2. Kerap susukan baby. Makin kerap baby nyusu makin banyak susu akan terhasil. During pantang that time, baby adam every 1 hour akan bangun minum, kalo tak bangun pun I paksa dia bangun hahaha...

3. Banyakkan minum air masak/suam, 8 gelas sehari tu wajib. Macam mana susu nak terhasil kalo air dalam badan pun kurang. Kita kurang air, baby jadi keringgg ! ermm tak mau tak mau .. 

4. Makan makanan yang seimbang. Jangan asik sibuk nak berdiet je, banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Buah kurma is the best ! I pun dalam pantang lagi dah amalkan makan kurma, 3biji 3kali sehari.. kadang tu lebih hahaha..

5. Kerap makan sayur sawi dan peria. Tak kesah lah nak masak rebus ke goreng ke nak telan gittew je ke, tak kesah. Nurse pun ada bagitahu I yang sayur-sayur ni boleh banyakkan susu.  tak caya cer amalkan! 

6. Last but not least, tips ni I dapat dari my gud friend, she nurse ! Amalkan minum air kurma madu. Samaada yang di buat fresh ataupun beli je kordial air. I is malas nak blend2 nikan, so I beli yang kordial (brand power root), everyday I minum dan alhamdulillah susu makin banyak dan pekat lagi. Pernah 1 day I tak minum, time pam susu I cair huhuhu... 

So, tu lah petua dan tips yang I amalkan untuk menjayakan misi penyusuan baby I. Syukur sangat, rezeki susu yang Allah kurniakan untuk baby adam, walaupun I dah start bekerja seperti biasa tapi baby adam masih lagi fully breastfeed! Dan kalo diizinkan, I nak feeding dia sampai umur 2yold without mix with susu formula. That my mission, inshaallah. Doa kan mission I berjaya ya. tenkiu...muahh ciked :-)  

Gambar terkini baby adam, esok genap 3mold alhamdulillah perkembangan tumbesarannya sangat memuaskan hati. Baby boom nurse kata hahaha... kita dah 6kg laaaa auntie nurse hihihi

Tuesday, August 04, 2015

Cara Membuang Kahak & Lendir Pada Baby Tanpa Menggunakan Ubat-ubatan

Assalammualaikum ^_^

Tanggungjawab menjadi ibu dan bapa bukan senang, jangan dipandang enteng, banyak cabaran dugaan yang perlu dihadapi. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan hal kesihatan si anak.

Harini I nak kongsikan dengan u gais petua ataupun tips untuk membuang kahak dan lendir pada baby tanpa mengambil sebarang ubatan.

Tips nieh I dapat melalui pembacaan di page kelab ibu hamil (kalo tak silap I), moga-moga ianya memberikan manfaat dan membantu u gais.


TIPS CARA BUANG KAHAK & LENDIR PADA BABY TANPA GUNAKAN UBATAN 


1. Ketuk beberapa ulas bawang putih.

2. Masukkan bawang putih tersebut ke dalam besen air panas yang masih berwap.

3. Baring kan baby menghadap besen yang berwap. Pastikan kepala lebih rendah dari kaki, leklok takut kang tertungmus pulak dalam besen hihihi...

4. Serkup kepala baby dengan kain lampin supaya wap berkumpul atau tak menyejuk dengan cepat dan baby dapat menyedut wap bawang putih sepenuhnya.

5. Hati-hati dan pastikan tangan baby tak capai besen.

7. Tepuk bahagian belakang badan baby kiri kanan dengan tangan dibentukkan "cupping" (macam gaya kita tadah air, tapi dalam keadaan terbalik) untuk longgarkan kahak dalam paru-paru.

8. Jangan tepuk kat belakang tulang belakang baby ya..

9. Jangan risau kalo baby nangis melalak kuat, tu lebih bagus sebab paru-paru akan mengembang dan memudahkan lendir untuk keluar.

10. Lakukan selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari. Ulang sehingga simptom-simptom berkurang.

Hurmm senang kan, bebahan pun memang dah ada kat dapur, tinggal malas dengan idak jer nak buatnya huhuhu.... nanti I pun nak try lah kat baby I kalo dia kena selsema hihihi ;p


SELAMAT MENCUBA ;-)

Belanje pic skit uncle auntie :-) semalam I bawa budak bambam kebaboom ni pegi cucuk 2mold, alhamdulillah perkembangan yang sangat memuaskan hati. Berat, panjang yang seimbang. Baru 2mold, berat nya dah cecah 6kg .. ermmm kita tunggu next month pulak ya... berape kg gaknya? bertabah lah mama lepas nieh nak dukung kamo nak ooiii :p hihihi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...