Thursday, July 10, 2014

DOAKAN KESELAMATAN DAN KEAMANAN BUAT GAZA │PRAY FOR GAZA

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tak terungkap dengan bait kata-kata. Sayup, sedih melihat kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh saudara se-islam di Gaza .. bertubi-tubi mereka diserang, ramai yang terkorban termasuklah anak-anak kecil. Apakah salah dan dosa mereka hingga di perlakuan sedemikian ?

Ya Allah .. hanya doa yang mampu kami pohon padaMu, Engkau turunkanlah dan timpakanlah bala dengan serta merta ke atas kaum israel laknatullah .. Engkau selamatkanlah rakyat di Gaza dari terus di sakiti dan di ratah oleh israil. Selamatkanlah saudara kami dan berikanlah perlindungan padaNya agar saudara se-islam kami di sana cekal dan tabah dalam menghadapi ujianMu ini .. Amin ya rabbal alamin ;’(  

P/s: semalam tengok kat berita TV3, satu majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan kerana berlaku serangan dari udara…. Semua yang ada dalam majlis tersebut bertempiaran lagi untuk selamatkan diri. Ya Allah .. sampai bilakah rakyat di Gaza akan terus menerus dizalimi sebegini ?


#PRAY4GAZA

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...