Thursday, July 25, 2013

GOSSIP PANAS DI FACEBOOK DAN MEDIA !


Gambar pernikahan Ashraf dan Wan Sakinah


Panas! Panas! Sizzling! Psstttt!!! Bila bukak aje facebook atau blog, masing-masing sibuk duk bercerita tentang kisah retis-retis, yang sekarang ni gamaknya dah jadi trend kot kawin lari kat siam (Thailand). Ingat kan dah habis dah tapi dah nama pun retis kan ! Baru aje beberapa hari sudah kita di khabarkan yang pengamal perubatan merangkap retis Ashraf Muslim yang dikata kan secara sorok-sorok pegi ke siam (Thailand) untuk kawin dengan buah hatinya, Wan Sakinah. Walaupun pada awalnya Ashraf menafikan khabar angin yang bertiup kencang tu tapi kalo takde angin masa kan pokok boleh goyang yer dak ? Dikhabar kan lagi yang isteri ke-2 Ashraf, Wan Sakinah sanggup putus tunang semata-mata demi suaminya! Huk Aloh udah rupe drama swasta plaks he3..


Gambar perkahwinan Ashraf dan Dayana


Dalam drama swasta ni kalo takde sambungan tak mantap, boringg kan ! nak “cetuskan” lagi evolusi epilog cinta 3tiga ni,  timbul plak gossip yang kekononnya isteri pertama Ashraf, Dayana telah memuat naik status “Nukilan Hati Dayana”..fuhh kalo diamati bait-bait puisi yang cukup puitis tu hati yang keras bak batu pun boleh bertukar jadi kapas, tersentuh hokay ! lebih kurang gini laa “sucinya aku kau miliki diMakkah, Hebatnya dia kau sembunyikan di Thailand..Tak usah bicara tentang dia kerana aku asingkan darimu kerana dia” nak baca lagi sambungan BACA SENDIRI KAT BAWAH NI!. Ku pikirkan betul laa Dayana yang reka puisi tu bagi meluahkan segala isi hati yang terbuku dek angkara suami tapi rupa-rupanya orang lain daa =_= adoiyaii





Belum pun reda lagi gossip panas, sizzling cinta 3tiga antara Ashraf, Dayana dan Wan Sakinah, Kini dunia glamour retis digegarkan plak gossip tentang pelakon popular yang kini dah berhijab tu ! ahaa sapa lagi kalo bukan Abby Abadi ? kalo dulu baik ashraf mahupun isteri-isterinya menafikan gossip tu, lain plak kes nya dengan Abby Abadi ni..secara terang-terangan Abby mengaku yang kini dia sudah kawin, dah 2minggu dia bergelar isteri. Soalnya sapa laki dia ? tapi yang pastinya bukan Norman Hakim, Ex-husband dia. Segala persoalannya terjawab bila si Abby ni secara terbuka berkongsi dengan peminat-peminatnya gambar laki baru dia di Instagram miliknya sendiri. Bertuah Abby dapat siteruna “Farhan” haa ambik koo makan hati laa gadis-gadis kat luar tu, hensem habis koo laki baru Abby ni. Budak lagi umur pun baru 24 kot tapi tu laa dia kan kalo dah jodoh sapa kita nak menidakkannya ? Soal jodoh pertemuan ajal maut semua dah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan sapa kita ni nak melawan Qada dan Qadar nya.


Gambar Pernikahan Abby dan Farhan



Sebagai manusia yang boleh dikategori kan agak prihatin, tak salah rasanya kan kalo nak bagi sikit opinion kan ! Baek Ashraf dan isteri-isterinya mahupun Abby dan laki barunya, anggap laa ni dugaan Allah buat kalian. Mungkin ade hikmah tersembunyi disebalik semua ni. Aku ni tak laa menyokong dan tak jugak menentang, setiap manusia yang bernyawa ni takkan lepas dari salah dan silap. buang yang keruh ambik yang jernih, baru teguh peribadi =) dan pada retis-retis semua jugak bak kata kiah propa “jaga-jaga ade yang memerhati”, “kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi berdiri diatas bakat sendiri” plaks bak kata Awal Ashari dan Zizan melodi ngeh3 =)


Aku bukan retis..Aku bukan pengkritik tapi aku hanya “Yatie Fizzy”





*********************************************************************
HAPPY READING DEAR ! THANK YOU VERY MUCH ^_^
*********************************************************************

Monday, July 22, 2013

Kawal Diri Di Bazaar Ramadhan


gambar ni iolls google je, tak kuasa iolls nak snap2 gambar orang ramai kot malu he3



Bulan ramadhan ni bukan saje menguji kita erti kesabaran dalam menahan lapar dan dahaga di siang hari malah juga mendidik kita agar berjimat cermat ketika bebelanja terutama ketika dibazaar ramadhan. Umum pun tahu kan, yang bila aje tiba bulan ramadhan pasti banyak bazaar-bazaar yang tumbuh bak cendawan lepas hujan. Sana sini ade sampai kan kat kawasan perumahan yang dulu nya takde kini dah ade. Setiap pelusuk tempat penuh dengan bazaar yang menjual pelbagai jenis juadah yang kekononnya sedap.. Bagi wanita yang bekerja macam iolls ni memang peluang keemasan laa kan sebab kalo nak masak pun mungkin mase tak berapa nak mengizinkan. Bila dah sibuk dek kerana kekangan kerja di ofis, balik plak nak masak..hurm memang jalan terbaek pilih dan beli aje kat bazaar. Cepat, mudah dan senangggg~~~


Jika diperhatian beraneka jenis lauk pauk dan kuih-muih yang ade dibazaar. Kate orang “mak ayah aje yang takde” yang lain just name it and you got it!! As usual laa kan dah name pun human pasti tiap kali kita pegi bazaar kita tentu rambang bijik mate kan?? iolls akui tu!! Memang rambang rambung 2bijik mate iolls ni..nak plak kalo pegi kat yang jual kuih-muih.. semuanya nampak sedap padahal juadah tu sebelum sebelah mate pun belom tentu iolls usha. Tapi tu la kan bila nafsu dah kuasai diri…yang tak sedap pun boleh buat meleleh-leleh air liur ni !!  kerana ape?? Kerana nafsu yang menguasai diri..


Memang iolls tak nafikan, bukan iolls sorang aje yang berdepan dengan situasi camni....uolls pun kann??.. tak salah kalo kita nak belanja kat bazaar tu tapi jangan laa sampai membazir. Jangan laa ikut nafsu dan kena laa selalu ingat yang bulan ramadhan 1bulan yakni bazaar tu pun 1bulan kat situ. Tak yah risau tak lari der bazaar tu!! Kalo lari pun mungkin sebab kena rush dengan majlis sbb berniaga secara illegal.. haaaa tapi kalo yang tu memang tak dapet laa iolls nak kato apo-apo laie keh3


Pada uolls iolls ade sedikit nasihat dan pandangan nak diberikan…in shaa allah ia juga menjadi panduan buat iolls jugak ketika berada di bazaar..andai kate laa balik karang uolls nak pegi bazaar kan, bende pertama yang uolls kena ingat pastikan jangan bawak handbag kalo boleh tinggal aje kat rumah dan dalam purse plak jangan bawa banyak cash, 20hengget cukup kot .. untuk safety bawa aje cheque book/credit card takpe…motif?? Haa kang bila cash dah abeh, uolls guna la chq/c.card tu…curlass uolls beli kuih 2hengget pun baya guna chq hokay ..kompom orang lain tak boleh buat cam uolls buat tu hahahahaaaa....





Friday, July 19, 2013

Anak Anugerah Tuhan ~~


******************************************************************


 *****************************************************************


Hidup bekeluarga ni tak lengkap tanpa kehadiran anak, kerana dengan kehadiran dia jugak laa dapat mengeratkan lagi perhubungan antara kita dan hubby. Tapi nak dapat anak tu pun bukannya hari ni buat esok dah ade..kehidupan reality dan cerita kat tibi tak sama..hari ni kawin esok tuptup dah ade. Tu semua bergantung pada rezeki Allah, hidup mati ajal maut kita semua dah tertulis sejak azali lagi..memang tak boleh nak dinafikan lagi..semuanya dah tertulis olehNya dan kita hanya melakunkan cerita arahan dan ciptaannya aje..macam aku walaupun dah ade 2anak tapi bila tengok orang lain dok kelik baby kulu kilir munda mandir tu, jeles tau aku pun nak jugak tapi bukan rezeki lagi kan nak wat camne..terima je la ~~~.. mungkin Dia sedang merancang sesuatu yang lebih untuk aku dan hubby..sape tahu kan !!! kerana Dia laa Pencipta dan Mengetahui akan sesuatu itu !!!......


Sejak dia kembali intim !!




Rasanya sejak tibi kat rumah aku rosak ni boleh dikatekan dia tak penah seminit pun berpisah dengan tab tu. Kehulu kehilir asik laa dok kepit kan tab…hurmm kalo dulu mase tibi elok usah kate nak main pegang pun tak!!! Tapi sejak 2menjak ni dia dengan tab tu dah kembali intim balik hahaaaa…


Makan dengan tab tido pun!! Aduhh parah ni…ayah nya bila laa nak beli tibi baru ni..anak awak dah parah sangat dah ni =.= sampai mama nak main candy crush pun tak boleh dah ni huh ~~~

KUIH TEPUNG PELITA


Memandangkan kita masih lagi berada dibulan mulia bulan ramadhan ni, so N3 iolls kali ni pun masih lagi berkisarkan tentang bulan ramadhan. Semalam iolls ade google resipi kat kekawan blog iolls..hubby iolls mintak tolong buatkan kuih tepung pelita..!! penah makan kan?? Sedap kuih tu, ritu iolls ade beli kat bazaar rumah iolls sedap angat!! Tak cukup esoknya bila pegi beli lagi..masyaallah dekat sejam iolls duduk atas moto tunggu hubby iolls pegi beli..dah rupe patung cendana uolls iolls ni. Muntot iolls ni dah naik kebas tapi usah kate hubby iolls batang hidung dia pun iolls tak nampak…aduhh tunggu mase aje si gunung berapi ni nak muntah kan lava nya =_= ..


kat depan iolls ni dari takde kreta sampai dah ade sampai kreta tu dah blah pun hubby iolls tak sampai jugak. Dalam hati iolls cakap “aduh ni pegi beli ke pegi petik daun pisang pastu tolong buat kan ni..errrrr!!!! lambatnya..siap laa” hahaaaaa geram iolls tau…selang beberapa minit pas iolls bebel-bebel, hubby iolls muncul...belom sempat iolls bukak mulut lg hubby iolls cakap “nah nak sangat kan, penat tau abang tunggu orang ramai betul beratur panjang tau..seb baek masing-masing pandai beratur kalo tak hurmm pagi esok pun lom tentu boleh beli tau..!!!” clup!! clup!! Panjangnya..tadi berkobar-kobar bertingket-tingket iolls nak marah hubby iolls terus…isyhhhh!!!!!!! hi3


Dek kerana tak sanggup dan tak nak lagi beratur panjang giler cam ritu, hubby iolls mintak suruh iolls buatkan dia tepung pelita ni..hurmm mane la iolls reti lagi pun tak penah pun iolls buat…haishh hubby iolls ni pun!! Yeayy iolls tahu… laa gini ke nak buatnya.. senang sangat laa..iolls pun dah buat pun, senang aje, tak caye?? Iolls ambik resipi dari kjee yang meletopsss tu =)


comot sikit tepung pelita iolls ni sebab nak cepat kan haha


TEPUNG PELITA
 
Bahan-Bahan

Sumber: kjee

Resipi: kjee


Lapisan Hijau

1cup tepung beras
1sudu besar tepung jagung
1cup gula
7cup air pandan – lepas dah diblend tapis ambik air aje
Sedikit pewarna hijau – kalo taknak takpe


Masukkan semua bahan-bahan dalam kuali. Masak dengan api sederhana hingga mendidih/meletup dan berkilat. Padam api dan masukkan dalam acuan dan ketepikan



Lapisan bawah/santan

¾ tepung beras
1sudu besar tepung jagung
7cup santan – boleh ganti 2cup air dan 5cup pati santan
1/2sudu the garam


Masukkan semua bahan-bahan dalam kuali. Masak dengan api sederhana hingga mendidih/meletup dan berkilat. Untuk lapisan santan agak lambat sikit so harap bersabar yer =) bila dah siap padam api dan campurkan atas lapisan hijau tadi. Biarkan sejuk kejap pastu boleh masukkan dalam petiais.



**haaa betul kan iolls cakap tadi..senanggg kan ^_^v .. ok pada uolls yang nak try buat tu boleh laa try yer !! time kasih dan selamat mencuba!!! salam seikhlas darihati yatie fizzy**
 


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...